Saturday 31 March 2012

TUGASAN INDIVIDU....





---------------------------------------------------------------------------------------------------

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

FALKULTI PENGURUSAN TEKNOLOGI PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

----------------------------------------------------------------------------------------------------



TEKNOLOGI BANGUNAN
( BPE10102 )




NAMA
NORSARINA BINTI MUHAMAD KHODZI

NO.MATRIK 
AP110382

NAMA PESYARAH  
 PUAN ZARINA BINTI SHAMSUDIN

TARIKH HANTAR 
 5 APRIL 2012



SYARIKAT PEMBINAAN 10 YANG TERBAIK DI MALAYSIA

 SIME DARBY

Alamat
Sime Darby Research  Sdn. Bhd, R&d Centre, Banting, KM10, Jalan Banting-Kelanang, P.O Box 207, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan.

Dianggotai
- Tun Musa bin Hitam ( Pengerusi ).
- Dato' Mohd Bakke Saleh ( Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan )
- Dato' Abdul Wahab Maskan ( Ketua pegawai Operasi Kumpulan )

Hasil
MYR 34.05 bilion (2008)

Pendapatan bersih
MYR 3.73 bilion  (2008)

Jumlah aset
MYR 35,972 bilion (2008)

Jumlah ekuiti
MYR 22,205 (2008)  

Laman web
www.simedarby.com.laman web.

Latar belakang Sime Darby Research Sdn.Bhd.

      Sime darby Research Sdn.Bhd adalah sebuah syarikat multinasional yang berpangkalan di Malaysia. Syarikat ini terlibat dalam sektor utama ekonomi negara iaitu, perladangan, hartanah, permotoran, kelengkapan perindustrian, tenaga utiliti, penjagaan kesihatan dan perniagaan. Sime Darby Research Sdn.Bhd mempunyai cawangan di luar negara iaitu di negara Belanda dan Afrika Selatan dan Sumatera Indonesia. Pada bulan Oktober 1910, ahli perniagaan British Wiliam Sime dan Henry Darby menubuhkan Sime darby & Co, dalam industri getah. Syarikat ini kemudian mempelbagaikan jenis tanaman iaitu melalui penanaman kelapa sawit dan koko sehingga memperolehi hasil yang lumayan.


Henry Darby
Henry Darby merupakan jurubank Bahasa Inggeris yang berusia 50 tahun dan memiliki harta di Utara Malaya.


Syarikat Guthrie
Syarikat Guthrie ditubuhkan di Singapura pada tahun 1821 oleh Alexander Guthrie. Syarikat ini merupakan syarikat perdagangan british yang pertama di Asia Tengggara. Syarikat Guthrie telah memperkenalkan getah dan kelapa sawit di Malaysia pada tahun 1896 dan 1924.



     Pada tahun 1905, Harrison dan Crocfield, teh British dan syarikat perdagangan kopi telah membeli ladang-ladang kecil di Malaysia yang bernilai £ 50,000 dan telah digabungkan untuk membentuk Golden Hope Plantation Rubber Estate Bhd. Pada tahun 1982, Harrisos dan Crosfield telah menjual tiga jenis ladang yang besar iaitu Golden Hope, Petaling dan London Asiatic. Perniagaan ini telah ditukarkan kepada nama GHPB. Kepentingan asal syarikat ialah dalam bidang pertanian tropika, manakala peladangan kekal menjadi kepentingan teras perniagaan. Syarikat ini dipelbagaikan dengan pembukaan kawasan lain termasuklah pembuatan gliserin, jus buah-buahan dan hartanah. Kini, syarikat Sime Darby mempunyai 83 anak-anak syarikat yang berpangkalan di tujuh buah negara. Perladangan utama ialah di Pualu Carey dan Banting, Selangor.

       Pada akhir tahun 1970-an hanya 1/2 ekuiti dalam sime Darby Holding telah dibeli oleh pelabur Malaysia terutamanya melalui Tradewinds (Malaysia) Sdn.Bhd. Pada Disember 1979 dengan penubuhan dua entiti baru Malaysia, Sime Darby berhad (SDB) dan Plantation Berhad (UPBK), Sime Darby telah memindahkan ibu pejabatnya ke Kuala Lumpur. Menjelang 1983, jumlah ekuiti Malaysia telah melibihi 54%. Pada tahun 1981, kumpulan ini telah menjadi sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia selepas Perdaan Menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Dr Mathathir bin Mohamad telah melaksanakan langkah utama melalui Permodalan Nasioanal berhad untuk mengambil alih syarikat tersebut di London Stock Exchange. Pada tahun 1987 syarikat Guthrie telah ditukarkan kepada sebuah syarikat awam yang terbesar di Malaysia dan telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada tahun 1989.

       Pada Januari 2007, tiga gergasi Malaysia (Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope) telah digabungkan dalam kalangan entiti kenderaan yang dinamakan Synergy Drive. Pada 27 November 2001, Synergy Drive telah ditukarkan kepada nama Sime Darby Berhad. Entiti yang digabungkan daripada tiga syarikat Malaysia merupakan sebuah syarikat multinasioanal Malaysia yang mempunyai jumlah tenaga kerja seramai 104,300 orang. Perniagaan terasnya adalah peladangan, hartanah, motor, peralatan berat dan tenaga & utiliti yang dijangka mendapat manfaat daripada pertumbuhan penduduk yang berterusan dan pembangunan ekonomi di rantau Asia Pasifik da ekonomi global. 

    Unit Perniagaan bukan teras Sime Darby seperti penjagaan kesihatan, insurans dan produk rumah dikategorikan sebagai Produk Bersekutu dan bahagian (APS). Susidiari  APS termasuklah Sime Darby Medical Centre Subang Jaya (dahuluya dikenali sebagai Pusat Perubatan Subang Jaya) (penjagaan kesihatan), Sime Alexander Forbes (insurans) dan Dunlopillo Malaysia Sdn.Bhd (produk rumah). Sime Darby turut mempunyai kawalan saham dalam rantaian pasaraya Tesco di Malaysia. Hasil penggabungan itu telah menjadikan Sime Darby sebagai pemaju untuk komoniti kediaman dan komersial. Selain itu, ianya turut memegang hak Caterpillar di 12 buah negara di seluruh dunia dan hak pengedaran jenama 
motor terkenal seperti BMW.

Perniagaan
Sime darby adalah sebuah syarikat konglomerat antarabangsa yang terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan. Sektor perladangan kekal sebagai sektor yang paling penting bagi syarikat tersebut.

Perladangan
Perladangan sime darby adalah penjana terbesar negara. Pada tahun 2009, kira-kira 70% daripada keseluruhan konglomerat telah diperolehi. Syarikat ini telah menjalankan pemprosesan miyak kelapa sawit dan ladang getah di malysia dan pulau-pulau Sumatera Indonesia, Kalimantan dan Sulawesi. Keluasan tanah yang melebihi 633,00 hektar termasuklah 300,00 hektar di Indonesia.


Aset
Syarikat ini terlibat dalam perniagaan pembangunan hartanah di lapan buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Vietnam, Republik Rakyat China, Australia dan United Kingdom. Salah satu perbandaran yang paling ketara ialah syarikat yang dibina seperti UEP Subang jaya, Subang jaya, Ara Damansara di Petaling Jaya dan Bandar bukit Raja di Klang.


Perindustrian
Syarikat yang terlibat dalam pembelian, pajakan dan penjualan peralatan perindustrian seperti Caterpillar Inc, trak berat dan traktor.


Motoring
Syarikat ini mempunyai wakil jualan motor di lapan buah negara. Misalnya, memiliki Auto Bavaria di Malaysia yang menjual BMW dan Minis, malah turut mempunyai perkongsian dengan jenama Ford yang menjual trak Ford dan jenama Land Rover. Ia juga merupakan pengeluar utama BMW di Singapura, Australia dan Thailand. Syarikat ini turut turut menjual BMW dan Roll-Royce di Selatan China. Di samping itu, dengan kerjasama Sime darby dan Inokom Corp Bhd, serta usaha sama dengan Syarikat Hyundai Motor, kenderaan Hyundai telah dikeluarkan dan dijual di Malaysia.


Tenaga & Utiliti
Sime darby adalah syarikat minyak, gas dan syarikat perkhidmatan yang menyediakan peralatan untuk meneroka aset minyak dan gas di rantau Asia Tenggara. Ianya merupakan pembekal tenaga bebas di Malaysia dan Thailand, bahkan turut menyediakan perkhidmatan kejuruteraan dalam sistem integrasi  dan jualan, sektor keselamatan dan sektor minyak & gas.


Kesihatan
Sime Darby juga mempunyai hospital (dahulunya dikenali sebagai Pusat Perubatan Subang Jaya) dan kolej (dahulunya dikenali sebagai SJMC Akademi Kejururawatan dan Sains kesihatan) yang ditubuhkan pada 1995.


Perniagaan lain.
Syarikat Sime Darby mempunyai sebuah syarikat pelabuhan uniliti yang bernama Weifang Sime Darby Port Co Ltd. Syarikat yang terlibat ialah penjagaan kesihatan, aeroangkasa (menjual dari komposit pembuatan asia (ACM) iaitu pada tahun 2009, industri produk, logistik dan pembungkusan. Sime darby juga memilki 30% saham dari Tecso Malaysia. 

MEGA PROJEK 10 YANG TERBAIK DI MALAYSIA



Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur  ( KLIA )

(Bahasa InggerisKuala Lumpur International AirportKLIA) (IATAKULICAOWMKK) penerbangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara ( utama dan terbesar di Malaysia ).

             KLIA telah dirasmikan pada 27 Jun 1998 dan diuruskan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). Hab utama ialah Malaysia AirlinesMASkargoAirAsia dan AirAsia X.Kos  projek ialah AS$ 3.5 bilion.Slogan KLIA ialah "Membawa Dunia Ke Malaysia Dan Malaysia Ke Dunia" (Bringing the World  to Malaysia and Malaysia to the World).Berkonsepkan “Lapangan terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang".Lokasi berada 50 kilometer dari Kuala Lumpur. Luas tapak projek tersebut ialah100 km2, ia merupakan luas tapak antara yang terbesar di dunia. Tenaga buruh yang digunakan ialah seramai 25,000 orang bekerja yang bekerja selama 24 jam sehari.

            Penganugerahan yang telah diperolehi, antaranya ialah pada tahun 2007, KLIA telah dianugerahkan sebagai lapangan terbang terbaik bagi kategori 15-25 juta penumpang dan tempat ketiga bagi lapangan terbang terbaik di Asia Pasifik dan Dunia. Anugerah ini disampaikan oleh Airports Council International Airport Service Quality (ACI-ASQ), pengiktirafan daripada Skytrax International Air Transport Association (IATA). Lapangan terbang yang pertama sekali di dunia untuk dianugerahkan sijil Airport Service Quality (ASQ) Assured daripada Airports Council International (ACI). Selain itu,KLIA telah menerima sijil dan diiktiraf oleh Green Globe 21 pada tahun 2004 dan   seterusnya menjadi lapangan 5 yang terbaik di peringkat dunia.
 

             Lapangan terbang ini boleh menampung sebanyak 35 juta penumpang setahun dan 1.2 juta tan metrik kargo dalam fasa pembinaannya sekarang. Lapangan terbang ini telah menduduki tempat yang ke-13 di dunia dari segi bilangan penumpang asing di mana sebanyak 24,129,748 penumpang telah menggunakan lapangan terbang ini pada tahun 2006. Pada tahun yang sama, lapangan terbang ini juga telah mengendalikan 677,446 tan metrik kargo untuk menduduki tempat ke-30 di dunia dari segi pengendalian kargo.

             KLIA mempunyai satu Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) dan mula beroperasi 26 Mac 2006 bagi menampung penumpang yang menaiki AirAsia dan juga penerbangan tambang rendah yang lain. Pelan pembinaan KLIA bermula pada tahun 1990 apabila kerajaan sedar bahawa lapangan terbang utama pada waktu itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (kini Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah) tidak akan mampu menampung permintaan apabila bilangan penumpang meningkat di masa hadapan. Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, Dato' Seri Mahathir bin Mohamad merupakan orang yang paling kuat menyokong pembinaan lapangan terbang ini yang akan menjadi komponen utama dalam Koridor Raya Multimedia.Dalam Terminal 3, terbaru di Subang dibuka pada Disember 1993 dan Terminal 2 telah diubahsuai pada 1995, hanya tiga tahun sebelum pembukaan KLIA.

Plan Master KLIA
              Pembinaan lima landasan terbang, dua terminal penumpang dan dua terminal satelit bagi setiap terminal dalam tiga fasa. Fasa Pertama pembinaan termasuk pembinaan satu terminal utama diikuti dengan satu terminal satelit yang mampu menampung sebanyak 25 juta penumpang setiap tahun dan dua landasan terbang yang berfungsi sepenuhnya. Dibawah perlaksanaan Fasa Pertama, sebanyak 60 pintu penerbangan, 20 tapak pesawat tanpa pintu dengan 80 tapak pesawat, 4 hangar penyelengaraan dan 4 stesen bomba akan dibina. Perlaksanaan Fasa Kedua dan Ketiga merupakan projek pembesaran lapangan terbang sedia ada untuk menampung bilangan penumpang yang akan meningkat. Akhirnya, lapangan terbang ini akan mampu menampung sebanyak 100 juta penumpang setiap tahun apabila keseluruhan projek telah siap.

              Dibawah Pelan Master Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, satu landasan terbang baru dan satu terminal satelit baru akan dibina untuk membolehkan lapangan terbang ini menampung trafik penumpang yang akan meningkat. Fasa Kedua pembinaan dijangka akan membolehkan trafik penumpang mencapai 35 juta penumpang setahun pada tahun 2008 bersama pembinaan terminal satelit baru. Untuk Fasa Ketiga pembinaan (2008 dan seterusnya), lapangan terbang ini akan diperbesarkan untuk menampung sebanyak 45 juta penumpang setiap tahun pada 2012 dan 100 juta penumpang setahun pada tahun 2020. Akhirnya, tapak lapangan terbang ini akan mampu menampung pembinaan infrastuktur yang boleh menampung 100 juta penumpang setahun, 4 landasan terbang dan dua terminal mega yang dihubungkan dengan terminal satelit masing-masing pada tahun 2020.

              Pada November 2006, Kerajaan Malaysia telah meluluskan projek pembinaan rel yang akan menghubungkan bangunan terminal utama kepada Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT). Pembinaan dijadualkan bermula pada tahun 2007. Namun begitu tiada butir-butir terperinci berkenaan syarikat yang akan menjalankan projek tersebut dan tidak diketahui sama ada rel ini akan dihubungkan dengan perkhidmatan rel laju sedia ada, KLIA Ekspres. Dengan kenaikan jumlah trafik penumpang yang menggunakan Terminal Penerbangan Tambang Murah(LCCT), Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB), syarikat yang menguruskan KLIA telah meluluskan pembesaran LCCT bermula pada awal 2007 untuk menampung trafik penumpang yang meningkat setelah LCCT yang sedia ada hampir mencapai kapasiti penuhnya. Pembesaran LCCT juga sebagai menunjukkan sokongan kepada syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh pertama di Malaysia, AirAsia X kerana pembesaran ini akan membolehkan pesawat wide-body yang digunakan AirAsia X untuk beroperasi di LCCT. Namun begitu LCCT merupakan penyelesaian jangka pendek dan MAHB telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pengangkutan untuk membina Terminal Penerbangan Tambang Murah baru yang kekal antara bangunan terminal utama dan Terminal Satelit A untuk menggantikan LCCT sedia ada.

Projek naik taraf A380
             Pihak pengurusan Lapangan Terbang Kuala Lumpur, Malaysia Airports Holding Berhad telah membelanjakan sebanyak RM135 juta (kira-kira US$39 juta) untuk menaik taraf kemudahan-kemudahan di KLIA untuk menerima pesawat Airbus A380. Kerja-kerja menaik taraf bermula pada 3 April 2006 dan dijangka siap pada 28 Mei 2007. Antara kerja-kerja yang berkenaan adalah meluaskan bahu bagi kedua-dua landasan terbang sebanyak 15 meter dan juga laluan taxi pesawat, pembinaan jeti penghubung tambahan pada tiga balai berlepas iaitu C17, C27 dan C37 dan menaik taraf aras mezzanine bagi penumpang dek atas untuk pesawat tersebut di balas berlepas.

            Kompleks Terminal Penumpang (PTC) telah direkabentuk untuk membolehkan cahaya matahari masuk ke dalam bangunan dan meneranginya secara semulajadi. Justeru, jumlah panel kaca dipasang pada bumbung bangunan ini amat besar dan dan terdapat ruang-ruang antara unit bumbung yang membolehkan cahaya matahari ditapis masuk ke dalam bangunan. Kompleks ini terdiri dari 3 bangunan - Bangunan Terminal Utama, Bangunan Satelit dan Balai Berlepas. Selain dari sebuah hotel yang mempunyai 80 bilik di Bangunan Satelit, terdapat juga hotel 5 bintang Pan Pacific KLIA yang mempunyai 450 bilik terletak lima minit perjalanan dari Bangunan Terminal Utama yang dihubungkan dengan laluan berbumbung. Perkhidmatan kenderaan buggy yang kerap dan percuma juga disediakan untuk pergi ke hotel tersebut. Pusat-pusat membeli-belah juga berada di dalam satu kawasan seluas 85,000 meter persegi.

             Bangunan Terminal Utama terletak di antara kedua-dua landasan terbang. Bangunan ini terdiri dari 39 unit bumbung persegi untuk membolehkan bangunan ini diperbesarkan di masa hadapan. Terdapat sebanyak 216 kaunter daftar masuk, diatur dalam 6 barisan, dan dilabel menggunakan abjad A sehingga M (tidak termasuk I). Perkhidmatan daftar masuk multi juga disediakan untuk para penumpang yang tiba, berlepas atau transit. Terdapat 61 dan 69 kaunter imigresen masing-masing untuk penumpang yang berlepas dan penumpang yang tiba, 16 kaunter pemindahan, 32 kaunter kastam dan juga 12 tali penghubung bagasi (10 untuk penumpang antarabangsa dan 2 untuk penumpang domestik). Pada 12 Februari 2007, Malaysia Airports memperkenalkan kios daftar masuk sendiri bersepadu untuk para penumpang. Syarikat penerbangan yang pertama sekali menggunakan sistem ini adalah KLM. Sebanyak 24 kios tambahan akan dipasang kemudian oleh pengendali lapangan terbang.

               Balai berlepas merupakan bangunan berbentuk segi empat tepat yang bersambung dengan Bangunan Terminal Utama berfungsi sebagai terminal berlepas dan ketibaan untuk penerbangan domestik. Pada masa kini, Malaysia Airlines menggunakan terminal ini untuk penerbangan-penerbangan domestik. Tetapi bangunan ini tidak lagi digunakan oleh syarikat-syarikat penerbangan tambang murah (AirAsia pernah menggunakan terminal ini sebelum pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah, LCCT). Di bahagian utara, terminal ini hanya mampu mengendalikan pesawat narrow-body (Boeing 737Airbus A320). Sebaliknya, terminal ini dapat mengendalikan pesawat sebesar Boeing 747 di bahagian selatan. Oleh kerana bangunan ini terlalu panjang, banyak travelator dipasang dalam balai ini untuk membantu pergerakan para penumpang.
 
             Antara kemudahan-kemudahan yang terdapat dalam Balai berlepas termasuk mesin ATM, pusat kecergasan, bilik sembahyang, bilik merokok, perkhidmatan kesihatan, ruang menunggu syarikat penerbangan, ruang pameran khas mengenai sejarah KLIA, kaunter maklumat dan kios maklumat elektronik. Malaysia Airports Holding Berhad memperoleh 65% daripada keuntungannya setiap tahun melalui sumber-sumebr selain penerbangan, dengan 35% keuntungan melalui sewa tapak perniagaan dan sebahagian kecil daripada hasil jualan. Terdapat pelan permohonan untuk menambah luas dan meningkatkan penggunaan tapak niaga di Bangunan Terminal Utama dan Balai Berlepas, tetapi cadangan ini telah ditangguhkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2007.

              Bangunan seluas 143,404 meter persegi ini mengendalikan penerbangan-penerbangan antarabangsa di KLIA. Para penumpang harus menggunakan Aerotren untuk pergi ke bangunan ini dari Bangunan Terminal Utama. Terdapat pelbagai jenis kedai bebas cukai dan butik-butik berjenama yang berprestij di sini. Antara jenama-jenama tersebut adalahBurberryDunhillMont Blanc, dan Mango yang membuka butik lapangan terbang pertamanya di benua Asia. Minuman alkohol dan minyak wangi adalah sangat popular dan menyumbang kepada lebih separuh daripada hasil jualan diikuti dengan jam tangan dan produk tembakau. Lebih-lebih lagi, Terminal Satelit A juga memuatkan Notel Transit Airside dan beberapa ruang menunggu syarikat-syarikat penerbangan seperti Dynasty Lounge untukChina Airlines, Golden Lounge untuk penumpang antarabangsa Malaysia Airlines dan Silver Kris Lounge untuk Singapore Airlines.
 
                Di bawah pelan peningkatan penggunaan ruang perniagaan Malaysia Airports Berhad, penggunaan ruang perniagaan di Bangunan Satelit A akan dimaksimumkan untuk meningkatkan keuntungan yang diperoleh daripada sewa tapak perniagaan dan peratusan hasil jualan daripada 35% kepada 50% menjelang tahun 2010. Selepas proses pembaharuan selesai, sebuah Jungle Boardwalk yang pertama di dunia akan siap dibina dan aras mezzanine yang lebih besar untuk menampung kedai-kedai makanan dan galeri pemantauan.

               Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) yang pertama dibina khas di KLIA untuk menampung jumlah penumpang penerbangan tambang murah yang semakin meningkat, terutamanya para penumpang syarikat penerbangan tambang murah Malaysia, AirAsia. Proses pembinaan LCCT dijalankan dengan pantas sekali bermula Jun 2005 memakan kos hampir RM 108 juta.

SYARIKAT PERUNDING HARTA TANAH 10 YANG TERBAIK DI MALAYSIA


IOI CORPORATION BERHAD

ALAMAT
Ibu Pejabat Two IOI Square, IOI Resort,  62502 Putrajaya,Wilayah Persekutuan.

TARIKH PENUBUHAN
31Oktober 2969.

EKSEKUTIF UTAMA
- Tan Sri dato' Shin Cheng Lee ( Pengerusi ).
- Datuk Hj.Mohd.Khalil Bin Dato' Hj Mohd Noor ( Ind Ketua Pengarah ).
- Datuk Karownakaran @ Karunakaran / Ramasany ( Ind Pengarah Eksenutif  ).
- Cheng Leang Lee ( Pengarah eksekutif ).

LATAR BELAKANG SYARIKAT

IOI PROPERTIES yang telah disenaraikan di Bursa Malaysia adalah salah satu komglomerat yang terkemuka di di dunia, iaitu melalui urusniaga ladang kelapa sawit khususnya oleokimia dan aktiviti pembangunan harta tanah di Malaysia, Indonesia, Amerika  Syarikat dan Eropah. Ladang kelapa sawit IOI di Malaysia dan Indonesia menghasilkan minyak sawit dan minyak isirung sawit. Minyak ini diproses khususnya untuk dijadikan stearates, logam dan lemak yang digunakan dalam aktiviti pemprosesan sabun, detergen, komestik dan aditif makanan. Selain itu, IOI merupakan salah satu pemaju harta tanah yang terkemuka di Malaysia. Antara projek yang telah dilaksanakan termasuklah bandar-bandar, pusat membeli belah, kondominium, bangunan pejabat dan pusat perniagaan. Aktiviti utama IOICORP terdiri daripada  pelaburan dan penanaman kelapa sawit dan pemprosesan minyak kelapa sawit. Syarikat ini mempunyai 82 estet dengan keluasan tanah154.709 hektar.





Penganugerahan
- Anugerah Pemaju Harta Tanah sepuluh yang terbaik 2011- IOI Properties Bhd The Edge.
- Anugerah Tan Sri Dato' Lee Shin Cheng Malaysian Palm Oil,MPOA 2011.
- Anugerah Pemaju IKB Asia Terbaik ( kategori harta )  IOI Properties Bhd BCI Asia 2011.
- Anugerah Emas dan Perak dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif,2011.
- IOI Oleochemicals Prai Malaysia Produktiviti Corporation ( MPC )2011.
- Anugerah The Edge Bilion RInggit Kelab Syarikat yang menguntungkan di Sektor  
  Perladangan ( pulangan tertinggi ke atas ekuiti dalam tempoh tiga tahun )2011.
- IOI Corporation Bhd The Edge Malaysia.
- Forbes Global 2000 Syarikat,2011.
- Kumpulan IOI (1172) Majalah Forbes. 
- Institusi Pelabur Anugerah 2011 SEA 2010 Korporat.
- Pengurusan Kanan Terbaik IR Sokongan.
- Anugerah Institusi Pelabur IOI Corporation Bhd Asia Tenggara 2011 Sea untuk korporat.
- Kepatuhan kuat untuk Tadbir Urus Korporat 2010,IOI Corporatin Bhd Alpha Asia Tenggara.
- EA's Best berkadar konglomerat dalam sektor Perlombongan dan sumber Asli,2011.IOI -
  Corporation Bhd Alpha Asia Tenggara.
- Putra Jenama Award ( Anugerah Perak )- IOI Properties Bhd Association Ejen,2011.
- Pengiklanan Bertauliah malaysia ( 4A)2010 laporan dalam Sektor Pertanian.Kumpulan IOI 
  Loder Kanopi Yayasan Croklaan Global.
- Anugerah Laporan Korporat Kebangsaan (NACRA) National tahunan 2011, sijil Merit, IOI -
  Corporation Institut Bhd Malaysia (MIA).

- International Standard untuk Karbon Persijilan (ISCC), 2010, Pamol (Sabah) Sdn Bhd & Palm - Oil dan Halusah Estate Sdn Bhd & Sakilan Minyak Sawit MillSGS Jerman GmbH.
- Pensijilan RSPO untuk Pengeluaran Minyal Sawit Lestari, Mayvin Palm Oil Mill, Sabah Meja 
  Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO).

JUTAWAN HARTA TANAH 10 YANG TERATAS DI MALAYSIA




TAN SRI DATO’ LEE SHIN CHENG



      Tan Sri Dato' Lee Shin Cheng merupakan pengusaha yang terkemuka dalam bidang perniagaan iaitu melalui   IOI PROPERTIES yang mana telah disenaraikan di Bursa Malaysia. Kejayaan dalam bidang perniagaan yang telah diceburi telah mengharumkan nama beliau sehingga disenaraikan sebagai jutawan harta tanah yang  terkaya  di Malaysia.







         Tan Sri Dato’ Lee Shin Cheng  telah dibesarkan di Timur Laut, Kuala Lumpur iaitu petempatan yang berada di kawasan  ladang getah. Bapanya merupakan pengusaha sebuah kedai makanan secara kecil-kecilan. Beliau terpaksa menamatkan pembelajaran di peringkat sekolah pada usia 11 tahun kerana beliau ingin membantu menyara  keluarganya. Misalnya beliau membantu menjual aiskrim dengan menaiki basikal selama 4 tahun sebelum kembali untuk menamatkan pengajian di sekolah tinggi. Kemudian, beliau berusaha untuk memohon kerja di sebuah syarikat perladangan, tetapi permohonan tersebut telah ditolak atas alas an beliau tidak fasih bertutur dalam bahasa Inggeris. Ianya sangat penting kerana Eropah masih memiliki kebanyakkan ladang-ladang tersebut. Semangat beliau  tidak pernah luntur dengan penolakan Dunlop Estate walaupun usia beliau masih muda iaitu baru menjangkau umur 22 tahun. Namun demikian, beliau tetap berusaha untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang penyeliaan dengan syarikat minyak kelapa sawit yang lain.


Selepas 20 tahun, dengan semangat yang kental beliau telah berusaha mengumpul sumber kewangan untuk 
membeli Dunlop Estate. Berikutan adalah salah satu temubual bersama akhbar New Strait Time : -
   

 "Hari saya gembira kerana, pada tahun 1989 saya telah membeli Harta Dunlop dari Multi-Purpose Holdings Bhd. Rentetan daripada peristiwa pada tahun 1960-an, saya telah memohon untuk kerja di Ladang Dunlop tetapi mereka tidak mengambil saya bekerja kerana saya tidak berkelayakan untuk mendapatkan perkerjaan tersebut. Sekiranya mereka mengambil saya bekerja, kemungkinan seluruh aset Harta Dunlop tidak akan saya miliki hari ini. Pembelian ini menandakan satu peristiwa yang penting dalam hidup saya, "     ( Tan Sri Dato’ Lee Shin Cheng )




Kejayaan beliau melalui IOI property semakin menyerlah sejak dahuulu sehingga kini. Bahkan, beliau telah disenaraikan dalam kalangan orang ketiga terkaya di Malaysia dan berada pada kedudukan 234 orang terkaya di peringkat dunia. Buktinya pada tahun 2009, majalah Forbes telah menyatakan nilai bersih aset beliau iaitu berjumlah RM3.2 billion. Ini merupakan pengiktirafan yang menjadi sumbangan besar beliau kepada keperluan dan aspirasi industri hartanah di Malaysia. Beliau telah dikurniakan penghormatan tunggal iaitu Tokoh Hartanah FIABCI Malaysia Tahun 2001 Anugerah. Pada Februari 2002, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Pertanian oleh Universiti Putra Malaysia sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau kepada industri minyak kelapa sawit.







Tan Sri Dato’ Lee shin Cheng telah berkhidmat sebagai AhliLembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia, Penasihat kepada KL & Dewan Perniagaan Cina Selangor Perdagangan dan Industri, Ahli Majlis Persatuan Minyak Sawit Malaysia ( MPOA ), Ahli MAjlis Perniagaan Malaysia –China, Presiden Hokkien Malaysia. Sejak tahun 1998, beliau telah menyediakan biasiswa dan sijil pendidikan kepada pelajar-pelajar cemerlang dan cerdik pandai melalui Yayasan Tan Sri Dato’ Lee Shin Cheng.



PROJEK TERBENGKALAI 5 YANG TERATAS DI MALAYSIA





LAGOON PERDANA.

Alamat / latar belakang.
Lagoon Perdana adalah satu projek yang terletak di Jalan PJS 9/1 di Bandar  Sunway, Selangor yang mana telah menawarkan alternatif iaitu penjualan harta tanah kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya. Walau  bagaimanapun, penyewa yang paling ideal ialah pelajar Institusi Pendidikan Taylor College, Monash University dan Sunway Uninersity College.

Lokasi yang strategik.
Lokasi strategik pembangunan Lagoon Perdana penduduk dapat menikmati akses yang lancar kepada KESAS, Lebuhraya   Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dan Subang-Kelana Link. Ia terletak kira-kira 500 meter dari pusat  perubatan yang terdekat iaitu Sunway Medical Centre yang berhampiran dengan Sunway Pyramid dimana pelbagai butik mewah, pasaran hiper, pawagam, gelanggang luncur dan tarikan yang paling penting semua taman tema Sunway Lagoon.



Binaan.
852 - 992 kaki persegi. 


Bilangan Unit.
3332 Uni.t.




Kemudahan
Pusat parking, Pusat perniagaan, pasar Mini, track jogging, taman permainan, dan kawalan keselamatan.




Tahun 2003
Sebuah kondo dibangunkan oleh syarikat Tenaga Gagah, ( Jalan PJS 9/1, Bandar Sunway)  berhadapan bangunan apartmen Lagoon Perdana yang dijangkakan siap dalam tempoh 3 tahun.

Tahun 2007
Projek terbengkalai,malah di tapak projek terdapat semak samun dan batang besi yang dicacak ke tanah.

8 May 2007
Satu mesyuarat telah diadakan ( Explanatory Statement ) antara pembeli dan Developer. Cadangan  proposal baru dari pihak developer untuk menyambung projek yang terbengkalai. Antara perkara yang penting dalam minit mesyuarat tersebut  ialah :
  1. IJMC Sdn Bhd mengambil alih dari Tenaga Gagah dan meminta pembeli tidak meminta Tenaga Gagah membayar LAD.
  2. Developer baru meminta tempoh sepanjang 27 bulan untuk menyiapkan projek terbengkalai.
  3. Mereka mengatakan dengan menyambung semula projek ini, pembeli dapat memiliki ‘Vacant Possesion’ ke atas harta, menjaga nama dan reputasi kondo tersebut di masa hadapan selain mengelakkan pinjaman dari pihak bank menjadi Non-Performing Loan.
  4. Pembeli bagaimana berhak menuntut LAD sekiranya perjanjian baru yang dipersetujui gagal dilunaskan dalam masa yg ditetapkan.
Tahun 2010
Penangguhan projek.

November 2011
Pihak pembeli telah diberitahu bahawa bangunan tersebut telah siap, malah pihak TNB, SYABAS dan beberapa agensi lain telah memasang perkhidmatan masing-masing. Seterusnya pihak berkenaan menyatakan akan menghantar kertas kerja dan aouthority check up untuk mendapatkan CF. Semua proses ini akan mengambil masa dalam tempoh 3 hingga 4 bulan.


                                                                                     16 Februari 2012
Bangunan tersebut secara keseluruhannya masih “under construction” atau bangunan tersebut masih belum siap, malah bekalan elektrik dan bekalan air masih belum dipasang serta perkhidmatan yang lain. Kemungkinan kerja-kerja untuk menyiapkan projek tersebut akan berlarutan sehingga  September 2012.