Saturday 31 March 2012

MEGA PROJEK 10 YANG TERBAIK DI MALAYSIA



Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur  ( KLIA )

(Bahasa InggerisKuala Lumpur International AirportKLIA) (IATAKULICAOWMKK) penerbangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara ( utama dan terbesar di Malaysia ).

             KLIA telah dirasmikan pada 27 Jun 1998 dan diuruskan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). Hab utama ialah Malaysia AirlinesMASkargoAirAsia dan AirAsia X.Kos  projek ialah AS$ 3.5 bilion.Slogan KLIA ialah "Membawa Dunia Ke Malaysia Dan Malaysia Ke Dunia" (Bringing the World  to Malaysia and Malaysia to the World).Berkonsepkan “Lapangan terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang".Lokasi berada 50 kilometer dari Kuala Lumpur. Luas tapak projek tersebut ialah100 km2, ia merupakan luas tapak antara yang terbesar di dunia. Tenaga buruh yang digunakan ialah seramai 25,000 orang bekerja yang bekerja selama 24 jam sehari.

            Penganugerahan yang telah diperolehi, antaranya ialah pada tahun 2007, KLIA telah dianugerahkan sebagai lapangan terbang terbaik bagi kategori 15-25 juta penumpang dan tempat ketiga bagi lapangan terbang terbaik di Asia Pasifik dan Dunia. Anugerah ini disampaikan oleh Airports Council International Airport Service Quality (ACI-ASQ), pengiktirafan daripada Skytrax International Air Transport Association (IATA). Lapangan terbang yang pertama sekali di dunia untuk dianugerahkan sijil Airport Service Quality (ASQ) Assured daripada Airports Council International (ACI). Selain itu,KLIA telah menerima sijil dan diiktiraf oleh Green Globe 21 pada tahun 2004 dan   seterusnya menjadi lapangan 5 yang terbaik di peringkat dunia.
 

             Lapangan terbang ini boleh menampung sebanyak 35 juta penumpang setahun dan 1.2 juta tan metrik kargo dalam fasa pembinaannya sekarang. Lapangan terbang ini telah menduduki tempat yang ke-13 di dunia dari segi bilangan penumpang asing di mana sebanyak 24,129,748 penumpang telah menggunakan lapangan terbang ini pada tahun 2006. Pada tahun yang sama, lapangan terbang ini juga telah mengendalikan 677,446 tan metrik kargo untuk menduduki tempat ke-30 di dunia dari segi pengendalian kargo.

             KLIA mempunyai satu Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) dan mula beroperasi 26 Mac 2006 bagi menampung penumpang yang menaiki AirAsia dan juga penerbangan tambang rendah yang lain. Pelan pembinaan KLIA bermula pada tahun 1990 apabila kerajaan sedar bahawa lapangan terbang utama pada waktu itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (kini Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah) tidak akan mampu menampung permintaan apabila bilangan penumpang meningkat di masa hadapan. Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, Dato' Seri Mahathir bin Mohamad merupakan orang yang paling kuat menyokong pembinaan lapangan terbang ini yang akan menjadi komponen utama dalam Koridor Raya Multimedia.Dalam Terminal 3, terbaru di Subang dibuka pada Disember 1993 dan Terminal 2 telah diubahsuai pada 1995, hanya tiga tahun sebelum pembukaan KLIA.

Plan Master KLIA
              Pembinaan lima landasan terbang, dua terminal penumpang dan dua terminal satelit bagi setiap terminal dalam tiga fasa. Fasa Pertama pembinaan termasuk pembinaan satu terminal utama diikuti dengan satu terminal satelit yang mampu menampung sebanyak 25 juta penumpang setiap tahun dan dua landasan terbang yang berfungsi sepenuhnya. Dibawah perlaksanaan Fasa Pertama, sebanyak 60 pintu penerbangan, 20 tapak pesawat tanpa pintu dengan 80 tapak pesawat, 4 hangar penyelengaraan dan 4 stesen bomba akan dibina. Perlaksanaan Fasa Kedua dan Ketiga merupakan projek pembesaran lapangan terbang sedia ada untuk menampung bilangan penumpang yang akan meningkat. Akhirnya, lapangan terbang ini akan mampu menampung sebanyak 100 juta penumpang setiap tahun apabila keseluruhan projek telah siap.

              Dibawah Pelan Master Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, satu landasan terbang baru dan satu terminal satelit baru akan dibina untuk membolehkan lapangan terbang ini menampung trafik penumpang yang akan meningkat. Fasa Kedua pembinaan dijangka akan membolehkan trafik penumpang mencapai 35 juta penumpang setahun pada tahun 2008 bersama pembinaan terminal satelit baru. Untuk Fasa Ketiga pembinaan (2008 dan seterusnya), lapangan terbang ini akan diperbesarkan untuk menampung sebanyak 45 juta penumpang setiap tahun pada 2012 dan 100 juta penumpang setahun pada tahun 2020. Akhirnya, tapak lapangan terbang ini akan mampu menampung pembinaan infrastuktur yang boleh menampung 100 juta penumpang setahun, 4 landasan terbang dan dua terminal mega yang dihubungkan dengan terminal satelit masing-masing pada tahun 2020.

              Pada November 2006, Kerajaan Malaysia telah meluluskan projek pembinaan rel yang akan menghubungkan bangunan terminal utama kepada Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT). Pembinaan dijadualkan bermula pada tahun 2007. Namun begitu tiada butir-butir terperinci berkenaan syarikat yang akan menjalankan projek tersebut dan tidak diketahui sama ada rel ini akan dihubungkan dengan perkhidmatan rel laju sedia ada, KLIA Ekspres. Dengan kenaikan jumlah trafik penumpang yang menggunakan Terminal Penerbangan Tambang Murah(LCCT), Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB), syarikat yang menguruskan KLIA telah meluluskan pembesaran LCCT bermula pada awal 2007 untuk menampung trafik penumpang yang meningkat setelah LCCT yang sedia ada hampir mencapai kapasiti penuhnya. Pembesaran LCCT juga sebagai menunjukkan sokongan kepada syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh pertama di Malaysia, AirAsia X kerana pembesaran ini akan membolehkan pesawat wide-body yang digunakan AirAsia X untuk beroperasi di LCCT. Namun begitu LCCT merupakan penyelesaian jangka pendek dan MAHB telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pengangkutan untuk membina Terminal Penerbangan Tambang Murah baru yang kekal antara bangunan terminal utama dan Terminal Satelit A untuk menggantikan LCCT sedia ada.

Projek naik taraf A380
             Pihak pengurusan Lapangan Terbang Kuala Lumpur, Malaysia Airports Holding Berhad telah membelanjakan sebanyak RM135 juta (kira-kira US$39 juta) untuk menaik taraf kemudahan-kemudahan di KLIA untuk menerima pesawat Airbus A380. Kerja-kerja menaik taraf bermula pada 3 April 2006 dan dijangka siap pada 28 Mei 2007. Antara kerja-kerja yang berkenaan adalah meluaskan bahu bagi kedua-dua landasan terbang sebanyak 15 meter dan juga laluan taxi pesawat, pembinaan jeti penghubung tambahan pada tiga balai berlepas iaitu C17, C27 dan C37 dan menaik taraf aras mezzanine bagi penumpang dek atas untuk pesawat tersebut di balas berlepas.

            Kompleks Terminal Penumpang (PTC) telah direkabentuk untuk membolehkan cahaya matahari masuk ke dalam bangunan dan meneranginya secara semulajadi. Justeru, jumlah panel kaca dipasang pada bumbung bangunan ini amat besar dan dan terdapat ruang-ruang antara unit bumbung yang membolehkan cahaya matahari ditapis masuk ke dalam bangunan. Kompleks ini terdiri dari 3 bangunan - Bangunan Terminal Utama, Bangunan Satelit dan Balai Berlepas. Selain dari sebuah hotel yang mempunyai 80 bilik di Bangunan Satelit, terdapat juga hotel 5 bintang Pan Pacific KLIA yang mempunyai 450 bilik terletak lima minit perjalanan dari Bangunan Terminal Utama yang dihubungkan dengan laluan berbumbung. Perkhidmatan kenderaan buggy yang kerap dan percuma juga disediakan untuk pergi ke hotel tersebut. Pusat-pusat membeli-belah juga berada di dalam satu kawasan seluas 85,000 meter persegi.

             Bangunan Terminal Utama terletak di antara kedua-dua landasan terbang. Bangunan ini terdiri dari 39 unit bumbung persegi untuk membolehkan bangunan ini diperbesarkan di masa hadapan. Terdapat sebanyak 216 kaunter daftar masuk, diatur dalam 6 barisan, dan dilabel menggunakan abjad A sehingga M (tidak termasuk I). Perkhidmatan daftar masuk multi juga disediakan untuk para penumpang yang tiba, berlepas atau transit. Terdapat 61 dan 69 kaunter imigresen masing-masing untuk penumpang yang berlepas dan penumpang yang tiba, 16 kaunter pemindahan, 32 kaunter kastam dan juga 12 tali penghubung bagasi (10 untuk penumpang antarabangsa dan 2 untuk penumpang domestik). Pada 12 Februari 2007, Malaysia Airports memperkenalkan kios daftar masuk sendiri bersepadu untuk para penumpang. Syarikat penerbangan yang pertama sekali menggunakan sistem ini adalah KLM. Sebanyak 24 kios tambahan akan dipasang kemudian oleh pengendali lapangan terbang.

               Balai berlepas merupakan bangunan berbentuk segi empat tepat yang bersambung dengan Bangunan Terminal Utama berfungsi sebagai terminal berlepas dan ketibaan untuk penerbangan domestik. Pada masa kini, Malaysia Airlines menggunakan terminal ini untuk penerbangan-penerbangan domestik. Tetapi bangunan ini tidak lagi digunakan oleh syarikat-syarikat penerbangan tambang murah (AirAsia pernah menggunakan terminal ini sebelum pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah, LCCT). Di bahagian utara, terminal ini hanya mampu mengendalikan pesawat narrow-body (Boeing 737Airbus A320). Sebaliknya, terminal ini dapat mengendalikan pesawat sebesar Boeing 747 di bahagian selatan. Oleh kerana bangunan ini terlalu panjang, banyak travelator dipasang dalam balai ini untuk membantu pergerakan para penumpang.
 
             Antara kemudahan-kemudahan yang terdapat dalam Balai berlepas termasuk mesin ATM, pusat kecergasan, bilik sembahyang, bilik merokok, perkhidmatan kesihatan, ruang menunggu syarikat penerbangan, ruang pameran khas mengenai sejarah KLIA, kaunter maklumat dan kios maklumat elektronik. Malaysia Airports Holding Berhad memperoleh 65% daripada keuntungannya setiap tahun melalui sumber-sumebr selain penerbangan, dengan 35% keuntungan melalui sewa tapak perniagaan dan sebahagian kecil daripada hasil jualan. Terdapat pelan permohonan untuk menambah luas dan meningkatkan penggunaan tapak niaga di Bangunan Terminal Utama dan Balai Berlepas, tetapi cadangan ini telah ditangguhkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2007.

              Bangunan seluas 143,404 meter persegi ini mengendalikan penerbangan-penerbangan antarabangsa di KLIA. Para penumpang harus menggunakan Aerotren untuk pergi ke bangunan ini dari Bangunan Terminal Utama. Terdapat pelbagai jenis kedai bebas cukai dan butik-butik berjenama yang berprestij di sini. Antara jenama-jenama tersebut adalahBurberryDunhillMont Blanc, dan Mango yang membuka butik lapangan terbang pertamanya di benua Asia. Minuman alkohol dan minyak wangi adalah sangat popular dan menyumbang kepada lebih separuh daripada hasil jualan diikuti dengan jam tangan dan produk tembakau. Lebih-lebih lagi, Terminal Satelit A juga memuatkan Notel Transit Airside dan beberapa ruang menunggu syarikat-syarikat penerbangan seperti Dynasty Lounge untukChina Airlines, Golden Lounge untuk penumpang antarabangsa Malaysia Airlines dan Silver Kris Lounge untuk Singapore Airlines.
 
                Di bawah pelan peningkatan penggunaan ruang perniagaan Malaysia Airports Berhad, penggunaan ruang perniagaan di Bangunan Satelit A akan dimaksimumkan untuk meningkatkan keuntungan yang diperoleh daripada sewa tapak perniagaan dan peratusan hasil jualan daripada 35% kepada 50% menjelang tahun 2010. Selepas proses pembaharuan selesai, sebuah Jungle Boardwalk yang pertama di dunia akan siap dibina dan aras mezzanine yang lebih besar untuk menampung kedai-kedai makanan dan galeri pemantauan.

               Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) yang pertama dibina khas di KLIA untuk menampung jumlah penumpang penerbangan tambang murah yang semakin meningkat, terutamanya para penumpang syarikat penerbangan tambang murah Malaysia, AirAsia. Proses pembinaan LCCT dijalankan dengan pantas sekali bermula Jun 2005 memakan kos hampir RM 108 juta.

No comments:

Post a Comment