Saturday, 31 March 2012

PROJEK TERBENGKALAI 5 YANG TERATAS DI MALAYSIA





LAGOON PERDANA.

Alamat / latar belakang.
Lagoon Perdana adalah satu projek yang terletak di Jalan PJS 9/1 di Bandar  Sunway, Selangor yang mana telah menawarkan alternatif iaitu penjualan harta tanah kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya. Walau  bagaimanapun, penyewa yang paling ideal ialah pelajar Institusi Pendidikan Taylor College, Monash University dan Sunway Uninersity College.

Lokasi yang strategik.
Lokasi strategik pembangunan Lagoon Perdana penduduk dapat menikmati akses yang lancar kepada KESAS, Lebuhraya   Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dan Subang-Kelana Link. Ia terletak kira-kira 500 meter dari pusat  perubatan yang terdekat iaitu Sunway Medical Centre yang berhampiran dengan Sunway Pyramid dimana pelbagai butik mewah, pasaran hiper, pawagam, gelanggang luncur dan tarikan yang paling penting semua taman tema Sunway Lagoon.



Binaan.
852 - 992 kaki persegi. 


Bilangan Unit.
3332 Uni.t.




Kemudahan
Pusat parking, Pusat perniagaan, pasar Mini, track jogging, taman permainan, dan kawalan keselamatan.




Tahun 2003
Sebuah kondo dibangunkan oleh syarikat Tenaga Gagah, ( Jalan PJS 9/1, Bandar Sunway)  berhadapan bangunan apartmen Lagoon Perdana yang dijangkakan siap dalam tempoh 3 tahun.

Tahun 2007
Projek terbengkalai,malah di tapak projek terdapat semak samun dan batang besi yang dicacak ke tanah.

8 May 2007
Satu mesyuarat telah diadakan ( Explanatory Statement ) antara pembeli dan Developer. Cadangan  proposal baru dari pihak developer untuk menyambung projek yang terbengkalai. Antara perkara yang penting dalam minit mesyuarat tersebut  ialah :
  1. IJMC Sdn Bhd mengambil alih dari Tenaga Gagah dan meminta pembeli tidak meminta Tenaga Gagah membayar LAD.
  2. Developer baru meminta tempoh sepanjang 27 bulan untuk menyiapkan projek terbengkalai.
  3. Mereka mengatakan dengan menyambung semula projek ini, pembeli dapat memiliki ‘Vacant Possesion’ ke atas harta, menjaga nama dan reputasi kondo tersebut di masa hadapan selain mengelakkan pinjaman dari pihak bank menjadi Non-Performing Loan.
  4. Pembeli bagaimana berhak menuntut LAD sekiranya perjanjian baru yang dipersetujui gagal dilunaskan dalam masa yg ditetapkan.
Tahun 2010
Penangguhan projek.

November 2011
Pihak pembeli telah diberitahu bahawa bangunan tersebut telah siap, malah pihak TNB, SYABAS dan beberapa agensi lain telah memasang perkhidmatan masing-masing. Seterusnya pihak berkenaan menyatakan akan menghantar kertas kerja dan aouthority check up untuk mendapatkan CF. Semua proses ini akan mengambil masa dalam tempoh 3 hingga 4 bulan.


                                                                                     16 Februari 2012
Bangunan tersebut secara keseluruhannya masih “under construction” atau bangunan tersebut masih belum siap, malah bekalan elektrik dan bekalan air masih belum dipasang serta perkhidmatan yang lain. Kemungkinan kerja-kerja untuk menyiapkan projek tersebut akan berlarutan sehingga  September 2012.




No comments:

Post a Comment